Sewa Kereta KLEZCAR Skudai

Seller > Rental - Car, Motorcycles, House, Shop, canopy and all about rental

Tarikh/Masa: 30/05/2017
No. Ref: NN5NRJ57
Nama Penuh
Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman
No.Identiti
731007105059
Akaun Bank
8602390616
Phone
0137111892 / 0197896464
Email
ridzuan.abdulrahman@klezcar.com
Link
Jumlah Kerugian
RM 4500
Bukti
Penjelasan

Salam semua,

 

Pada 3 May 2016, saya telah pajakan sebuah kereta pada beliau untuk tempoh selama 3 tahun. Untuk makluman, Mohd Ridzuan merupakan pengusaha kereta sewa yang aktif berada di area Skudai dibantu oleh beberapa orang antarannya Boy (salah seorang pekerja).

Saya memajak sebuah kenderaan buatan Perodua (Viva), kereta cantik, tidak calar, berkilat dan baru ketika saya mula pajak kkepada Ridzuan ni. Dari mula saya pajak kenderaan saya kepada beliau sudah mempunyai masalah. Monthly installment selalu lewat, sms tidak berbalas, panggilan telefon tidak dilayan. sampai saya perlu call/ msg berkali2 baru la monthly installment dijelaskan. untuk bayaran hasil sewaan, saya hanya dapat pada bulan pertama shj.

Ada beberapa kali saya datang cawangan tersebut, tetapi ofis selalu tutup ataupun si Ridzuan tiada di ofis, jadi saya hanya mampu menyampaikan pesanan melalui si Boy ni.

 

Awal May 2017 ni, saya tergerak untuk melihat kereta saya kerana saya sudah tidak dapat menghubungi si Ridzuan ni, dan saya dapati kereta saya telah ditingalkan di ofis Arked Mara MPJBT dalam keadaan teruk. 

 

Kereta ditingalkan dlm keadaan tidak berkunci, radio hilang, karpet kereta hilang, bateri hilang, tayar spare hilang, kerusi berlumut akibat basah, tool kecemasan pun hilang sekali. Jadi saya terpaksa memangil towing utk menguruskan kereta ini. Pada masa yang sama, saya cube menghubungi si Ridzuan tetapi dapat dan pihak KLEZcar pula lepas tangan apabila saya mengatakan brach skudai ni buat masalah.

Sehingga kini saya masih tidak dapat menghubungi si Ridzuan ni, untuk pergi ke skudai pula belum sempat. tetapi laporan polis sudah dibuat keatas Ridzuan ni.

Company si Ridzuan ni ialah Promech Engineering & Supply (JM068523-H) berada di bawah KLEZCar bagi membuat servvis servvis kereta di Skudai.

Saya berharap, kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan si Ridzuan harap berhati-hati. itu sahaja, terima kasih.

Nama: Mohamad Lutfi Yunos

Email: luthcifer

Hubungi: 012753XXXX

Sokongan: lahby93

Laporan Vote

0
0

Hantar Vote